Monday 22 August 2011

Address Resolution Protocol (ARP)

*Layer di dalam posting ini merujuk kepada lapisan pada Open System Interconnection (OSI)


Address Resolution Protocol (ARP) atau dalam Bahasa Melayunya Protokol Resolusi Alamat adalah satu protokol yang penting di dalam rangkaian.  Protokol ini memetakan (mapping) Alamat IP (pada Layer 3) kepada Alamat MAC (Layer 2).

Sebagai contoh, jika PC-X hendak menghantar maklumat atau paket kepada PC-Y di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network, LAN) yang sama, PC-X seharusnya mengetahui Alamat MAC PC-Y.  Ini kerana di dalam LAN, peranti yang digunakan untuk menghubungkan komputer adalah switch iaitu sebuah peranti yang beroperasi pada Layer 2.  Layer 2 hanya melibatkan pengalamatan MAC sahaja.  

Dalam penghantaran paket, kita sudah dibiasakan dengan pengalamatan IP.  Maka masalah timbul kerana kita hanya mengetahui alamat penerima dalam bentuk Alamat IP, sedangkan switch hanya menyokong Alamat MAC sahaja kerana ia beroperasi sehingga pada Layer 2.  Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan ARP untuk membuat mapping di mana kita mesti mengetahui Alamat IP itu milik Alamat MAC yang mana.

Untuk memahami konsep asa ARP, saya sertakan slide yang telah saya buat seperti di bawah.  Dalam bentuk grafik, mungkin lebih mudah untuk kita memahami konsep ARP ini.







Jika anda membaca posting ini melalui Facebook, mungkin slide di atas tidak dapat dipapar.  Untuk melihat slide di atas, anda boleh ke http://najwankhambari.blogspot.com/.

Semoga anda dapat memahami konsep asas ARP ini.