Saturday 13 August 2011

Penghantaran Maklumat dengan Shift Keying

Untuk menghantar maklumat melalui rangkaian, kita seharusnya memastikan maklumat tersebut sampai kepada penerima dan tidak dapat dipintas oleh pihak ketiga.  Bagaimanapun, adalah sukar untuk memastikan bahawa tiada pihak ketiga yang memintas maklumat yang sedang dihantar.  Oleh itu, cara yang mudah untuk memastikan maklumat kita selamat adalah dengan menggunakan kod rahsia supaya pihak ketiga tersebut tidak dapat memahami tentang maklumat yang sedang dihantar.

Kaedah paling mudah adalah dengan menggunakan Shift-Keying.  Kaedah ini menganjakkan setiap karaktor maklumat yang hendak dihantar.

Contohnya, maklumat yang hendak disampaikan adalah "BASIKAL".  Dengan menggunakan kaedah Shift-Keying, setiap karaktor/ huruf dalam perkataan tersebut akan dianjakkan.  Jika kita menggunakan Shift-Keying 2, kita menganjakkan huruf tersebut sebanyak 2 kali.  Sebagai contoh, huruf B, jika dianjakkan sebanyak 2 kali, hasilnya adalah huruf D.  Jika Shift-Keying 5, huruf B akan dianjakkan sebanyak 5 kali, menghasilkan huruf G.

Sebagai contoh, kita hendak menggunakan Shift=Keying 7.  Oleh itu, perkataan "BASIKAL" akan ditransformasikan menjadi "IHZPRHS". 

Kaedah ini amat mudah, namun ia mempunyai kelemahan yang besar:

  • Penghantar dan penerima mesti mempersetujui berapakah Shift-Key yang hendak digunakan.  
  • Dalam menukar-nukar maklumat berkenaan Shift-Key yang hendak digunakan, pihak ketiga mungkin dapat mencuri maklumat Shift-Key tersebut.
  • Akhirnya, maklumat yang telah di Shift-Key boleh dibaca oleh pihak ketiga kerana ia telah dapat mencuri maklumat Shift-Key tersebut.


Kaedah yang lebih selamat adalah dengan menggunakan Private Key dan Public Key yang dibincangkan di dalamposting yang lain di sini.