Friday 5 August 2011

Connectify - Perisian untuk berkongsi capaian Internet

Pernahkah anda cuba untuk berkongsi capaian ke Internet?

Sebagai contoh, anda hanya mempunyai satu akaun broadband ke Internet melalui laptop, dan anda hendak berkongsi capaian Internet ini bersama tiga orang kawan anda yang menggunakan laptop, telefon bimbit dan iPad.  Anda boleh mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan oleh Microsoft seperti di sini tetapi kaedah yang paling mudah adalah dengan menggunakan perisian Connectify.

Connectify membenarkan kita berkongsi capaian Internet dengan menjadikan laptop yang mempunyai capaian ke Internet itu (namakan sebagai Laptop A) seolah-olah seperti sebuah Hotspot atau Access Point (AP).  Oleh itu, setiap laptop, telefon bimbit, tablet dan apa juga perkakasan yang mahukan capaian ke Internet akan menjadikan Laptop A itu sebagai gateway atau pintu utama ke Internet.

Anda hanya perlu:

  1. Muat turun perisian Connectify ini di sini (atau muat turun versi 3.0 beta di sini) dan install.
  2. Namakan Hostpot anda
  3. Masukkan password
  4. Pilih capaian Internet yang hendak dikongsikan.  Cth: Celcom (jika anda menggunakan broadband)
  5. Klik pada butang "Start Hotspot"


Hotspot anda telah tersedia.  Laptop lain yang mahukan capaian ke Internet boleh mengimbas (scan) Hostpot yang telah anda namakan di Langkah 2 tadi dan connect.  Capaian ke Internet dapat diakses oleh laptop lain.

UPDATE:  Sila gunakan Connectify 3.0 beta.  Terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti jika menggunakan versi 2.2 seperti Blue Screen of Death (BSOD) jika menggunakan modem broadband.  Isu BSOD telah diselesaikan pada versi 3.0 beta.

Selamat mencuba.