Sunday 24 July 2011

GMail Drive - Backup Data Anda ke Akaun E-mail di Internet

Proses untuk backup data anda adalah sangat penting.  Ini kerana cakera keras (hardisk) laptop anda boleh rosak pada bila-bila masa sahaja.  Selain itu, laptop juga mudah hilang dicuri dan diserang virus.  Maka semua data atau dokumen yang anda simpan boleh hilang dalam sekelip mata.

Terdapat pelbagai cara untuk backup data anda.  Kaedah yang biasa adalah dengan membuat satu salinan ke usb drive anda.  Walaupun ia adalah satu teknik yang baik, usb drive anda juga mudah hilang.

Cara yang paling selamat adalah dengan memuatnaik dokumen anda ke Internet secara PERCUMA.  Jangan bimbang jika anda tiada hosting sendiri di Internet.  Ini kerana GMail menyediakan anda sekurang-kurangnya 7GB storan untk anda gunakan dalam akaun email anda.  

Untuk itu, anda boleh menggunakan dua kaedah:

  1. Menghantar email kepada diri sendiri dan lampirkan (attach) dokumen yang hendak di backup.
  2. Menggunakan perisian GMail Drive dan muat naik dokumen anda ke akaun GMail dengan pantas, seolah-olah seperti sedang copy paste ke usb drive.

Oleh kerana semua orang tahu kaedah yang pertama (dan ia adalah kaedah yang sangat lambat!), saya akan tunjukkan kaedah yang kedua dengan menggunakan GMail Drive.

Keperluan:  Anda mesti mempunyai akaun GMail.

Hanya beberapa langkah mudah diperlukan:

  1. Muat turun perisian GMail Drive di sini dan install.
  2. Buka My Computer.  Anda akan dapat melihat satu tambahan cakera (disk) iaitu GMail Drive.
  3. Klik dua kali pada cakera tersebut.  Masukkan username dan password akaun GMail anda.  Klik OK.
  4. Selepas Login, ia akan memaparkan senarai dokumen anda.
  5. Anda boleh mula backup dokumen anda dengan menarik (drag) dokumen tersebut kedalam folder GMail Drive anda.

Secara keseluruhannya, saya menggunakan perisian ini untuk backup dokumen penting serta gambar-gambar keluarga saya.  Tak kiralah anda nak backup dokumen apa pun, perisian GMail Drive ini sangat berguna.


Bagaimanapun, terdapat satu kelemahan pada perisian ini.  Sebenarnya, ia adalah sekatan yang dikenakan oleh GMail iaitu:  dokumen yang dimuatnaik ke GMail tidak boleh lebih daripada 10Mb.

Tetapi jangan bimbang, kita boleh memecahkan dokumen yang besar kepada beberapa bahagian kecil dengan menggunakan perisian seperti WinRar.

Selamat mencuba.