
![]() |
Log Masuk ke e-mail Live.com tiada HTTPS (menggunakan Google Chrome) |
Jangan bimbang! Dengan menggunakan add-on HTTPS Everywhere, privasi anda untuk melayari Internet akan lebih terjamin daripada sebelum ini.
HTTPS Everywhere merupakan satu add-on kepada pelayar Internet yang terkenal iaitu Mozilla Firefox. Ia dibangunkan oleh dua badan yang bekerjasama iaitu EFF dan The Tor Project. Dengan menggunakan add-on ini, semua laman web yang anda lawati akan di-secure-kan menjadikan aktiviti anda berada di dalam keadaan privasi.
Buat masa ini, beberapa laman web telah pun memberikan sokongan kepada HTTPS Everywhere. Antaranya adalah:
- Google Search
- Wikipedia
- bit.ly
- GMX
- Wordpress.com blogs
- The New York Times
- Paypal
- EFF
- Tor
- Ixquick
![]() |
Log Masuk Live.com telah di HTTPS dengan menggunakan add-on HTTPS Everywhere |
Anda boleh memuat turun add-on HTTPS Everywhere yang terbaru disini. Ia hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Selepas itu, ia akan bertindak untuk menyulitkan (encrypt) maklumat anda dengan sediri.
Secara keseluruhannya, ia adalah satu inisiatif yang baik daripada EFF untuk membangunkan aplikasi seperti ini. Ia memberikan pengguna Internet satu lagi lapisan keselamatan privasi.
Jangan biarkan diri anda didedahkan dengan serangan. HTTPS Everywhere memastikan maklumat yang anda hantar dan terima di Internet disulitkan. Gunakanlah add-on ini segera.
Jika anda membaca posting ini melalui Facebook, mungkin beberapa pautan di atas tidak dapat dipapar. Untuk melihat pautan tersebut, anda boleh ke http://najwankhambari.blogspot.com/.
Selamat mencuba