Monday 26 September 2011

IP Addressing - Bahagian Host



*Posting ini pernah saya bincangkan sebelum ini di blog saya yang dahulu.  Blog lama tersebut telah tidak dikemaskini.  Maka saya pindahkan kandungan maklumatnya ke blog ini.

Dalam posting yang lepas, kita telah membincangkan tentang alamat IP, kaedah memperuntukkan bit alamat IP kepada bahagian Rangkaian dan Host, mengenalpasti kelas alamat IP (Class A, Class B atau Class C) dan akhirnya julat alamat IP untuk ketiga-tiga kelas alamat IP.

Dalam Bahagian 2 ini, kita akan membincangkan tentang alamat IP untuk bahagian Host pula. Untuk memudahkan perbincangan, kita akan menggunakan alamat IP Class C sebagai contoh kerana ia hanya memperuntukkan 8 bit atau Oktet yang terakhir sahaja untuk bahagian Host. Katakan kita ata satu alamat IP seperti di bawah:


Contoh alamat IP Class C

Ini adalah alamat IP Class C kerana daripada Oktet 1:
  1. Bit binary yang ketiga adalah OFF (iaitu bernombor 0)
  2. Nombor decimal 192 berada di dalam julat Class C iaitu 191 hingga 223. 

Maka Oktet 4 adalah diperuntukkan untuk bahagian Host. Persoalan sekarang adalah, apakah julat yang boleh diperuntukkan di dalam Oktet 4 supaya PC di dalam rangkaian kita boleh dinomborkan.

Jika diperhatikan, kemungkinan-kemungkinan gabungan nombor binary yang boleh diletakkan di dalam Oktet 4 adalah bermula daripada 00000000 hingga 11111111. Oleh itu, Julat untuk penomboran PC atau apa jua Host di dalam rangkaian bermula daripada 192.168.1.0 hingga 192.168.1.255. Bagaimanapun, nombor binary 00000000 dan 11111111 telah dirizabkan untuk penggunaan yang tertentu. 00000000 (atau di dalam decimalnya 0) dirizabkan untuk memberi nombor pengenalan kepada rangkaian (network id) manakala 11111111 (atau dalam decimalnya 255) telah dirizabkan untuk penggunaan broadcast. Oleh itu, julat yang tinggal adalah daripada 00000001 (1) hingga 11111110 (224) sahaja. Julat ini sahajalah yang boleh diperuntukkan untuk penggunaan Host di dalam sesuatu rangkaian seperti yang ditunjukkan di bawah.


Penggunaan nilai 0 dan nilai 255 tidak sah untuk Host kerana telah dirizabkan

Maka, untuk alamat IP Class C, Oktet 4 hanya boleh digunakan bermula daripada 1 hingga 254 sahaja. Contoh alamat IP Class C yang sah: 192.168.3.5, 200.5.5.6.

*PERINGATAN: Penggunaan 0 dan 255 tidak sah jika diperuntukkan untuk Host hanya untuk penggunaan dalam Oktet 4 SAHAJA termasuk untuk Class B dan Class A. Bagi alamat IP Class B dan Class A, Oktet 2 dan Oktet 3 juga diperuntukkan untuk Host, tetapi penggunaan 0 dan 255 adalah sah di dalam Oktet 2 dan Oktet 3 yang tersebut. Lihat contoh di bawah untuk memudahkan pemahaman.

Contoh alamat IP Host yang sah:

Class A: 10.0.255.5
–> Oktet 2 dan Oktet 3 diperuntukkan untuk Host, tetapi penggunaan 0 dan 255 adalah sah.

Class B: 172.255.0.6
–> Oktet 3 diperuntukkan untuk Host, tetapi penggunaan 0 dan 255 adalah sah.


Contoh alamat IP Host yang TIDAK sah:

Class A: 10.0.255.0
–> Oktet 4 menggunakan nilai 0

Class B: 172.255.0.255
–> Oktet 4 menggunakan nilai 255

Class C: 192.168.2.255
–> Oktet 4 menggunakan nilai 255

Semoga anda faham konsep asas Pengalamatan IP berkenaan bahagian Host pada posting ini.
Jika anda tidak begitu faham, baca berulang-ulang kali dan tinggalkan komen.

Jika anda membaca posting ini melalui Facebook, mungkin beberapa item di dalam posting tidak dapat dipaparkan.  Untuk melihat paparan penuh, anda boleh ke http://najwankhambari.blogspot.com/.