Thursday 29 September 2011

Penggodaman Facebook

[Jika anda membaca posting ini melalui Facebook, mungkin slide/ animasi/ gambar di dalam notes tidak dapat dipapar. Untuk melihat paparan penuh, anda boleh ke click 'View original post' atau ke http://najwankhambari.blogspot.com/]


Facebook atau Mukabuku telah menjadi trend pada masa sekarang.  Ia merupakan satu daripada cabang Social Networking.  Tapi pada saya, ia lebih kepada Social NOT working sebab semua pengguna hanya bersosial secara maya sahaja.  Ini menyebabkan orang ramai hanya duduk di hadapan skrin komputer dan malas untuk keluar untuk menghadiri jemputan, gathering, reunion dan sebagainya.

Bagaimanapun, apa yang hendak saya tekankan disini adalah tentang bahaya atau risiko berkongsi terlalu banyak maklumat berkaitan diri kita sendiri da laman Facebook.  Kalau boleh, semuanya hendak diberitahu.. pekerjaan, tarikh lahir, dan sebagainya.  Dan sejak kebelakangan ini, lebih banyak kes-kes penggodam berjaya mengambil alih akaun-akaun facebook kita.

Bagaimana mereka lakukannya? Ini kerana kita sendiri yang membantu mereka menggodam dengan memberi maklumat-maklumat peribadi kita di Facebook.

Dalam slide di bawah, saya sertakan kronologi, proses dan kaedah bagaimana penggodam dapat memecah masuk akaun facebook anda. (Jangan salahgunakan teknik ini ya!)


Oh, by the way, saya join satu contest photography di FB.  Sila click http://on.fb.me/mZVRLP, kemudian click "Like" ya!

Selepas ini, hati-hati dalam berkongsi maklumat anda di Facebook!



Jika anda rasa posting ini dapat memberikan manfaat, sila click "Share" jika anda membaca penulisan ini melalui Facebook.